top of page

Apakah perbezaan antara kain baju Cotton dan baju Microfiber?

Guys, hari ni admin nak cerita sikit tentang perbezaaan di antara kain #microfiber dan juga #cotton ni. Ramai customer-customer kami yang sering bertanya tentang apa sebenarnya yang membezakan kain microfiber dan cotton, dan yang paling semua nak tahu adalah apa kelebihan di antara dua fabrik tu.





Mula-mula mari admin ceritakan sedikit tentang kain cotton yang klasik ni. Kenapa klasik? Kerana cotton sudah digunakan seawal tamadun manusia di Indus River Valley di Pakistan 3,000 B.C dan diperbuat dari pokok kapas. Untuk kawasan tamadun yang panas di timur tengah, kain cotton yang mempunyai fiber yang tebal ni amat bagus - kerana mampu menyerap peluh dan maintain suhu badan pada kadar yang sesuai dengan cara mengekalkan cecair pada fabrik dalam masa yang lama.


Tapi untuk zaman moden kini, apabila anda berpeluh dan baju itu berendam dgn air peluh, kalian semua akan kelihatan kurang kemas dan selekeh. Lagipun, pada asalnya kain cotton ni dibuat sebagai t-shirt pada perang Amerika dan Mexico pada tahun 1898 sebagai baju dalam untuk pakaian seragam askar mereka.


Pada masa yang sama, kain cotton juga terdapat pelbagai jenis untuk dipilih dan antara yang paling berkualiti adalah jenis #Gildan. Jika anda pernah beli t-shirt cotton pada harga yang mampu milik, kemungkinan besar kain cotton itu adalah kualiti yang biasa-biasa sahaja. Ini kerana kain cotton yang berkualiti seperti Gildan dan Lacoste adalah lebih mahal dan terdapat pada jenama-jenama premium seperti Under Armour dan American Apparel.


"Ohhhh I see.. Jadi kalau mcm tu Microfiber ni apa pulak perbezaannya min?" Korang tanya...


Kain Microfiber mula muncul pada lewat 1950-an dan pada masa tu jumlahnya amat terhad. Tetapi seorang saintis dari Jepun yang bernama Dr. Miyoshi Okamoto dari Toray Industries berjaya mencipta filamen fiber ultra-halus dan industri tekstil itu terus berkembang ke eropah. Oleh itu, microfiber ini bukannya berasal dari sebarang pokok atau tumbuhan tetapi dicipta sebagai "Fiber Sintetik" dari dalam makmal.


Kemampuan kain microfiber ini untuk menyerap peluh membuatkan ia banyak digunakan sebagai pakaian sukan. Tapi admin nak kongsi yang sebenarnya kat luar sana terdapat banyak jenis kain microfiber. Ada yang halus, ada yang ringan, ada yang tebal pun ada.


Contohnya microfiber "Interlock" adalah halus dan ringan, tetapi apabila anda berpeluh baju ini akan melekit dan kalau abang-abang atau kaka-kakak yang sedikit berisi mungkin tak selesa nak pakai sebab akan menonjol sedikit.. Dan microfiber "Eyelet" pula agak tebal dan sering dipasarkan sebagai premium - tetapi ketebalan itu membuatkan ia agak berat dan tidak selesa dipakai pada jangka masa yang lama.


Oleh itu yang mana satu paling sesuai untuk dibuatkan sebagai pakaian harian dan bukan sahaja untuk sukan semata-mata?





europaFABRITECH™ merupakan salah satu daripada pelbagai Fiber Sintetik yang terdapat di pasaran dan premium dari kami di Angkasa Design Labs. Antara kelebihan europaFABRITECH™ yang tidak terdapat pada kain cotton adalah kemampuannya untuk menyerap peluh dan mengeringkan fabrik itu pada jangka masa yang jauh lebih singkat. Bagi admin, rasanya semua akan bersetuju kalau admin cakap yang Malaysia ni negara tropikal yang agak panas, jadi fabrik kami amat sesuai untuk dipakai pada apa jua aktiviti - bersukan ataupun kasual.


Fabrik kami yang mempunyai ketebalan sebanyaK 160gsm merupakan sebuah gabungan yang terbaik di antara jisim fiber dan keselesaan jangka panjang. Walaupun dengan fabrik kami tebal, fiber yang ultra-ringan ini akan membuat anda rasa lebih selesa walaupun memakai baju kami sepanjang hari.


Oleh kerana europaFABRITECH™ mempunyai jisim fiber yang lebih tinggi, ia mampu menghalang kebanyakan dari cahaya UV yang merbahaya dari matahari (Incoming Solar Radiation) untuk tembus terus ke kulit anda berbanding dengan fabrik microfiber yang lain.


Yang paling penting sekali, baju-baju yang kami keluarkan dicipta khas untuk dipakai untuk apa jua keadaan - bersukan, kasual, mahupun berkonvoi dengan sahabat rider anda..


Bukan semua orang suka design yang "meriah" yang kita biasa jumpa dengan baju microfiber ni, oleh itu dengan design pada baju yang minimalist oleh designer kami yang perpengalaman, anda kini mampu merasa selesa dengan baju kami yang amat versatile.


Pilih Angkasa Design Labs, pilih europaFABRITECH™ untuk keselesaan sepanjang hari.


Ayuh mulakan revolusi microfiber dengan pakaian yang versatile, dapatkan baju kami hari ini!!




 
 
 

Comments


bottom of page